Mom, Baby & Kids Fair 3.0

29 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Kluster Kuching telah dijemput untuk bersama-sama membuka 'booth' dan memeriahkan program sempena dengan "Mom, Baby & Kids Fair 3.0" yang bertempat di Plaza Merdeka. Program ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam.

'Booth' Pusat Internet ini adalah usaha sama dari PI Kg Quop dengan PI Bengoh, PI PPR Taman Malihah, PI Sg. Bandung, PI Sebandi Ulu, PI PPR Taman Dahlia, PI PPR Batu Gong dan PI Kpg. Bra'ang Bayur.

Selain dari Pusat Internet, terdapat juga 'booth' yang menyertai program tersebut terutamanya yang menjual pakaian dan alat-alat kelengkapan bayi dan kanak-kanak.
Aktiviti juga dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Mewarna, Pertandingan Peragaan Fesyen dari anak-anak cilik. Pelbagai hadiah ditawarkan oleh pihak penganjur kepada para pengunjung.

Berikut adalah merupakan antara aktivit yang dijalankan oleh Pusat Internet:
i. Quiver
ii. Digital Coloring
iii. KDB Game Inter land
iv. KDB Puzzle & Quiz
v. Kahoot Games
vi. KDB Secure Password
vii. Scratch Programming
Di kesempatan itu juga, PI juga memberi sedikit keterangan mengenai e-Waste kepada para pengunjung. Apa itu e-Waste? dan kepentingan untuk mengitar semula bahan elektronik.

Apa itu e-sisa? 👉 e-Sisa adalah terma yang digunakan merangkumi semua jenis peralatan elektrik dan elektronik dan bahagian-bahagiannya yang telah dibuang oleh pemilik sebagai bahan lupus tanpa niat untuk digunakan semula.

Pernahkah anda terfikir apa yang terjadi pada peranti lama yang dibuang?
👉Peranti elektrik dan elektronik diperbuat daripada komponen berbahaya yang tidak terurai seperti plumbum, kadmium dan raksa yang boleh membahayakan kesihatan dan mencemar alam sekitar. Oleh itu, peranti tersebut perlu dilupuskan dengan baik oleh kilang yang diperakui apabila tidak lagi digunakan.

Semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan kami berharap agar aktiviti yang dijalankan memberi manfaat kepada semua pengunjung-pengunjung yang datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali